Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dibuat kerajaan termasuk arahan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka yang dikatakan akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri, menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat.<br /><br />Meskipun pengumuman mengenainya, dijangka akan dibuat minggu hadapan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.<br /><br />Namun tinjauan di sekitar kedah mendapati, ramai masih mengharapkan kerajaan mengekalkan arahan sama terutama di tempat yang sesak.
